Tuesday 1 October 2013

SEKAPUR SIRIH



PENGENALAN PBL SMK BENGKONGAN

                       Project Based Learning (PBL) merupakan projek yang telah dijalankan oleh 14 orang pelajar iaitu 10 orang pelajar wakil Tingkatan 4UMS. Seramai  4 orang pelajar iaitu, 2 orang dari tingkatan 2UMS dan 2 orang lagi tingkatan 1UMS disertakan dalam projek ini bagi pendedahan awal mengenai Project Based Learning (PBL) kepada mereka. Project Based Learning (PBL) adalah satu proses pembelajaran yang melibatkan lawatan sambil belajar yang bertujuan untuk memudahkan lagi proses pembelajaran serta turut menyeronokkan. Project Based Learning (PBL) ini juga merupakan proses pembelajaran yang julung-julung kalinya diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bengkongan, Kota Marudu. "Kelestarian Alam Sekitar Paya Bakau" adalah tajuk yang dipilih dalam melaksanakan projek ini sesuai dengan mata pelajaran Biologi dalam sukatan pelajaran bab 8 yang bertajuk, "Ekosistem Dinamik" yang mudah untuk kami mencari tempat untuk melaksanakan projek ini serta mudah untuk kami laksanakan di sekitar kawasan Daerah Kota Marudu. Daerah Kota Marudu merupakan kawasan yang strategik terutamanya di Jabatan Perhutanan Paya Bakau yang sesuai dijadikan tempat penyelidikan Project Based Learning (PBL).


AHLI JAWATANKUASA PROJECT BASED LEARNING (PBL) :

Pengerusi : Clarence Endry @ Gimpau
Setiausaha : Natlye Esther Masital
Bendahari : Samisah Binti Ariffin
Pengarah Projek : Theressa Lorrance R. Veronica Jasten

AJK Biasa :
1. Gracena Stevenie Jos @ George
2. Nurul Nazwa Binti Ibrahim
3. Herna Astinah Binti Nizam
4. Viviannashirley Peter
5. Gracewy Stevelle Jos @ George
6. Johan Imin
7. Frydissca Meijin
8. Alex Alfin Sinty
9. Mohd. Nurhakim Bin Jaidi
10. Mark Paganda



PERISIAN PROJEK SECARA RINGKAS

                        Intipati Project Based Learning (PBL) ini turut memberi pelbagai corak maklumat paya bakau. Dalam konteks ini, kami turut diberi pendedahan tentang definisi spesies, kelas dan kepentingan ekosistem hutan paya bakau kepada manusia serta organisma lain seperti hidupan akuatik. Melalui PBL ini juga kami dapat menambahkan kemahiran mengendalikan mesyuarat dimana kami dapat mengetahui dan mengikuti kronologi mesyuarat formal semasa agenda ceramah dilangsungkan. Disamping itu, kami dapat mempraktikkan kerjasama sesama ahli kumpulan khususnya semasa perbincangan bagi pembentangan berkumpulan di antara dua pihak sekolah iaitu SMK Bengkongan dan SMK Langkon ketika kami menyertai aktiviti perkhemahan di Teluk Marudu yang dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan serta kami menjalankan kajian di tempat tersebut. Kami juga mampu meningkatkan kemahiran ICT apabila kami turut membina blog dan membuat rujukan internet bagi menjayakan lagi Project Based Learning (PBL) ini apabila kami mendapat maklumat tambahan.



Mesyuarat tentang perbincangan Project Based Learning (PBL).




HARAPAN

                          Harapan kami setelah menjalankan Project Based Learning (PBL) adalah agar kami dapat mendedahkan kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar yang telah Tuhan anugerahkan kepada kita. Di samping itu, kami juga berharap PBL dapat meningkatkan kemahiran melestarikan paya bakau yang berada di Malaysia. Kami juga berharap agar masyarakat menyalurkan tenaga untuk menyeimbangkan ekosistem dengan cara mengadakan kempen kesedaran di kawasan kejiranan rentetan daripada pendedahan kepentingan alam sekitar daripada ahli Project Based Learning (PBL) serta agensi-agensi yang berkaitan. Kami juga berharap agar blog ini membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat tentang ekosistem hutan paya bakau yang terdapat di Malaysia.



Sunday 22 September 2013

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KEPUPUSAN PAYA BAKAU

Langkah-langkah Mengatasi Kepupusan Paya Bakau

  • Program Pemuliharaan Hutan Pesisiran Pantai

a) Program penanaman semula paya bakau
- memelihara kawasan hutan bakau daripada terus musnah.
b) Kempen kesedaran
- sebagai contoh kempen pencinta alam 
- memberi pendedahan tentang kepentingan paya bakau
- menyemai sikap cintai alam sekitar 
- memupuk sikap kerjasama dalam melestarikan paya bakau
- memahami peranan paya baku dalam ekosistem paya bakau

MENILAI ANCAMAN DAN MASALAH KEPUPUSAN POKOK BAKAU


  • Penyahhutanan pokok bakau untuk pembangunan kawasan rekreasi
  • Hakisan ombak
  • Pembangunan sampah sarap 
  • Pengguna pokok bakau untuk cerucuk bangunan, jambatan atau rumah
  • Penggunaan pokok bakau sebagai arang.
  • Kesan-kesan :

Kesan-kesan :
  1. Kehilangan habitat semula jadi untuk haiwan dan tumbuhan
  2. Kekurangan sumber makanan bagi organisma di kawasan paya bakau
  3. Menjejaskan keseimbangan ekosistem paya bakau
  4. Benteng semula jadi hilang

Wednesday 18 September 2013

KEPENTINGAN HUTAN PAYA BAKAU




    Kepentingan Paya Bakau Kepada Ekosistem :

  • Tempat bagi anak-anak ikan berlindung dan membesar.
  • Paya bakau merupakan tempat burung berhijrah.
  • Akar pokok bakau berfungsi sebagai pemampan hakisan tanah ombak. Akar pokok bakau juga dapat memperlahankan aliran air  membentuk kawasan berlumpur. Dari kawasan berlumpur menjadi tanah keras dan seterusnya menghasilkan pantai baru.
  • Paya bakau berfungsi sebagai pemampan tsunami.





     Kepentingan Paya Bakau Kepada Manusia :

  • Paya bakau merupakan sumber kayu balak.
  • Pokok bakau dijadikan sebagai bahan membina rumah dan bot bagi masyarakat di pesisiran pantai.
  • Pokok bakau merupakan sumber membuat arang dan kayu api.
  • Pokok bakau juga dijadikan sebagai krafttangan dan barangan rumah kerana sifatnya yang keras dan tidak mudah reput.
  • Bahagian pokok bakau seperti daun, tunas dan buah dijadikan sebagai ubat. 



Daun, tunas dan buah dijadikan ubat 



Kraftangan - Anyaman atap rumah daun nipah


Gambar di atas menunjukkan, pemuda itu sedang menutup pintu dapur arang dan gambar di bawah menunjukkan proses pembakaran kayu bakau untuk mendapatkan arangnya untuk kegunaan barbeku.
             


MENGHURAIKAN RANTAIAN DAN SIRATAN MAKANAN DALAM EKOSISTEM HUTAN PAYA BAKAU



  • Mempunyai rantaian dan siratan makanan yang tersendiri.
  • Melibatkan tumbuhan daratan organisma dalam air (dua alam).
  • Membuatkan makanan sendiri melalui proses fotosintesis (Daun, bunga dan buah pokok bakau menjadi sumber makanan kepada organisma herbivor di daratan seperti ulat, serangga, burung dan haiwan seperti monyet dan lutong cikong).
  • Rantaian makanan ini tidak berterusan di daratan, ia akan diteruskan pula oleh hidupan dua alam.
  • Hidupan dua alam  mendapat makanan daripada dedaun dan buah pokok bakau yang gugur dan jatuh ke tanah.
  • Najis haiwan-haiwan primat.
  • Serasah daun bakau ini jatuh ke dalam air maka ia akan diuraikan oleh mikroorganisma seperti bakteria dan berfungsi untuk menjadi nutrienn.
  • Nutrien-nutrien tersebut menjadi sumber makanan pengguna primer dalam ekosistem seperti ketam, cacing dan udang.
  • Pengguna primer akan menjadi sumber makanan kepada pengguna sekunder yang lebih besar seperti ikan dan belangkas.
  • Pengguna primer menjadi sumber makanan kepada pengguna tertier yang bertindak sebagai karnivor di dalam ekosistem bakau seperti memerang, biawak dan ular.
Organisma Herbivor - Monyet
Pengguna tertier - Ular

 
Pengguna primer - Ikan belacak
   
                  
Pengguna primer - Belangkas
       
       
     
      

Monday 16 September 2013

PENGENALAN PAYA BAKAU


Konsep dan Pengezonan Ekosistem Hutan Paya Bakau

     Ekosistem bakau adalah penting kerana bersifat dinamik yang sentiasa berubah-ubah dari semasa ke semasa dan dari musim ke musim.


    •   Mengikut Hamilton dan Snedaker (1984), "Ekosistem hutan paya bakau adalah komuniti yang hidup di kawasan antara pasang-surut laut dan tahan daripada air masin di zon pinggir pantai atau dikenali sebagai zon hitoral".
    •   Pembentukan bakau merupakan ekosistem yang menjangkau persekitaran di pinggir pantai yang terlindung dan menganjur jauh ke pedalaman di sepanjang muara sungai. Taburan dan jenis pokok bakau yang hidup di zon litoral adalah tidak seragam.
    •  Komuniti utama bakau ialah keluarga Rhizophora sp. (pokok bakau kebangkita dan pokok bakau minyak), keluarga Avicennia (pokok api-api), keluarga Sonneratia (pokok perepat, gedahu dan berembang) dan juga Brugueira (pokok berus, tumu dan mata buaya).
    •   Bentukan bakau merupakan ekosistem yang menjangkau persekitaran di pinggir pantai yang di sepanjang muara sungai. Taburan dan jenis pokok bakau yang hidup di zon litoral adalah tidak seragam.

             
Rhizophora (pokok bakau minyak
Daun Rhizhophora 

             
Akar Rhizophora