Tuesday 1 October 2013

SEKAPUR SIRIH



PENGENALAN PBL SMK BENGKONGAN

                       Project Based Learning (PBL) merupakan projek yang telah dijalankan oleh 14 orang pelajar iaitu 10 orang pelajar wakil Tingkatan 4UMS. Seramai  4 orang pelajar iaitu, 2 orang dari tingkatan 2UMS dan 2 orang lagi tingkatan 1UMS disertakan dalam projek ini bagi pendedahan awal mengenai Project Based Learning (PBL) kepada mereka. Project Based Learning (PBL) adalah satu proses pembelajaran yang melibatkan lawatan sambil belajar yang bertujuan untuk memudahkan lagi proses pembelajaran serta turut menyeronokkan. Project Based Learning (PBL) ini juga merupakan proses pembelajaran yang julung-julung kalinya diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bengkongan, Kota Marudu. "Kelestarian Alam Sekitar Paya Bakau" adalah tajuk yang dipilih dalam melaksanakan projek ini sesuai dengan mata pelajaran Biologi dalam sukatan pelajaran bab 8 yang bertajuk, "Ekosistem Dinamik" yang mudah untuk kami mencari tempat untuk melaksanakan projek ini serta mudah untuk kami laksanakan di sekitar kawasan Daerah Kota Marudu. Daerah Kota Marudu merupakan kawasan yang strategik terutamanya di Jabatan Perhutanan Paya Bakau yang sesuai dijadikan tempat penyelidikan Project Based Learning (PBL).


AHLI JAWATANKUASA PROJECT BASED LEARNING (PBL) :

Pengerusi : Clarence Endry @ Gimpau
Setiausaha : Natlye Esther Masital
Bendahari : Samisah Binti Ariffin
Pengarah Projek : Theressa Lorrance R. Veronica Jasten

AJK Biasa :
1. Gracena Stevenie Jos @ George
2. Nurul Nazwa Binti Ibrahim
3. Herna Astinah Binti Nizam
4. Viviannashirley Peter
5. Gracewy Stevelle Jos @ George
6. Johan Imin
7. Frydissca Meijin
8. Alex Alfin Sinty
9. Mohd. Nurhakim Bin Jaidi
10. Mark Paganda



PERISIAN PROJEK SECARA RINGKAS

                        Intipati Project Based Learning (PBL) ini turut memberi pelbagai corak maklumat paya bakau. Dalam konteks ini, kami turut diberi pendedahan tentang definisi spesies, kelas dan kepentingan ekosistem hutan paya bakau kepada manusia serta organisma lain seperti hidupan akuatik. Melalui PBL ini juga kami dapat menambahkan kemahiran mengendalikan mesyuarat dimana kami dapat mengetahui dan mengikuti kronologi mesyuarat formal semasa agenda ceramah dilangsungkan. Disamping itu, kami dapat mempraktikkan kerjasama sesama ahli kumpulan khususnya semasa perbincangan bagi pembentangan berkumpulan di antara dua pihak sekolah iaitu SMK Bengkongan dan SMK Langkon ketika kami menyertai aktiviti perkhemahan di Teluk Marudu yang dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan serta kami menjalankan kajian di tempat tersebut. Kami juga mampu meningkatkan kemahiran ICT apabila kami turut membina blog dan membuat rujukan internet bagi menjayakan lagi Project Based Learning (PBL) ini apabila kami mendapat maklumat tambahan.



Mesyuarat tentang perbincangan Project Based Learning (PBL).




HARAPAN

                          Harapan kami setelah menjalankan Project Based Learning (PBL) adalah agar kami dapat mendedahkan kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar yang telah Tuhan anugerahkan kepada kita. Di samping itu, kami juga berharap PBL dapat meningkatkan kemahiran melestarikan paya bakau yang berada di Malaysia. Kami juga berharap agar masyarakat menyalurkan tenaga untuk menyeimbangkan ekosistem dengan cara mengadakan kempen kesedaran di kawasan kejiranan rentetan daripada pendedahan kepentingan alam sekitar daripada ahli Project Based Learning (PBL) serta agensi-agensi yang berkaitan. Kami juga berharap agar blog ini membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat tentang ekosistem hutan paya bakau yang terdapat di Malaysia.



No comments:

Post a Comment